Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

1_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

SESI bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP), Pemangku Juruukur Agung, para pegawai kanan, ahli-ahli jawatankuasa, tenaga pengajar dan peserta bengkel.

2_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

SESI bergambar ramai bersama tenaga pengajar dan para peserta Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Disember. – Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation anjuran bersama Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) yang bermula pada 9 Disember berakhir hari ini dengan majlis penutup yang diadakan di The Rizqun International Hotel.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada pentaklimat dan peserta bengkel ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam, Awang Haji Mohd Salihin bin Haji Aspar.

4_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

PENYAMPAIAN Sijil Penghargaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam kepada salah seorang tenaga pengajar.

5_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

PENYAMPAIAN Sijil Penghargaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam kepada salah seorang peserta bengkel.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Arefin bin Haji Jaya bagi penyampaian tanda penghargaan kepada tenaga pengajar.

6_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

PENYAMPAIAN tanda penghargaan yang disempurnakan oleh Pemangku Juruukur Agung kepada salah seorang tenaga pengajar.

Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation merupakan salah satu daripada program pembangunan kapasiti dalam perancangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC) sebagai suruhanjaya di rantau Asia Timur di bawah International Hydrographic Organisation (IHO).

Bengkel ini memfokuskan kepada keselamatan navigasi dengan menggunakan kaedah penilaian risiko (risk assessment) dalam pengurusan perancangan pengukuran hidrografi bagi mengemaskini carta nautikal (nautical chart). Para peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi QGIS dalam mengenalpasti dan mengklasifikasi tempat yang berpotensi risiko kepada trafik maritim serta mengenalpasti dan mengutamakan penambahbaikkan pembuatan carta nautikal.

7_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

WAKIL peserta Bengkel, Lt. Danar Judas Pratama memberikan ucapan penghargaan di Majlis Penutup Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation.

3_Peserta bengkel dari negara EAHC terima sijil.jpg

ANTARA peserta bengkel yang mengikuti bengkel berkenaan.

Seramai 18 peserta yang terdiri daripada 12 orang wakil negara ahli EAHC iaitu Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan Republik Rakyat China serta enam pegawai wakil dari Jabatan Ukur, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam dan Brunei Shell Petroleum (BSP). Manakala dua tenaga pengajar pula terdiri daripada ahli professional dari Republik Trinidad dan Tobago.

Juga hadir ke majlis penutup ini ialah para pegawai kanan dari Jabatan Ukur dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments