Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pembukaan bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

1_Pembukaan bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation.jpg

SESI bergambar ramai Pemangku Juruukur Agung, Ketua Eksekutif MPABD, para pegawai kanan Jabatan Ukur dan MPABD, pentaklimat bengkel dan para peserta bengkel.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Disember. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) telah mengadakan Majlis Pembukaan Bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation yang bermula pada 9 Disember 2019 hingga 13 Disember 2019 bertempat di The Rizqun International Hotel, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Juruukur Agung, Awang Haji Arefin bin Haji Jaya.

Bengkel ini merupakan salah satu daripada program pembangunan kapasiti dalam perancangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC) iaitu sebagai suruhanjaya dirantau Asia Timur di bawah International Hydrographic Organisation (IHO). Negara Brunei Darussalam adalah negara ahli IHO yang ke-85 sejak tahun 2015 dan seterusnya diterima menjadi negara ahli EAHC pada tahun 2016. Sehingga kini, Negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara ahli yang aktif dalam organisasi tersebut terutamanya dalam program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan dan mengembangkan profession hidrografi dan kartografi marin.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penekanan dan mengukuhkan pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan navigasi.

Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada 12 orang wakil negara ahli EAHC (lapan daripadanya ditaja oleh IHO) iaitu Singapura, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan China dan enam orang pegawai wakil dari Jabatan Ukur, MPABD dan Brunei Shell Petroleum (BSP). Manakala pentaklimat bengkel pula terdiri daripada ahli profesional dari Republik Trinidad dan Tobago yang bergiat aktif dalam aktiviti IHO.

2_Pembukaan bengkel Risk Assessment for Hydrographic Surveys and Charting Management for the Safety Navigation.jpg

MAJLIS juga diselajurkan dengan Pelancaran Buku Panduan Air Pasang Surut Edisi tahun 2020 yang dirasmikan oleh Pemangku Juruukur Agung dan Ketua Eksekutif MPABD.

Turut diadakan di majlis berkenaan ialah pelancaran buku panduan air pasang surut edisi baru tahun 2020. Buku panduan edisi baru berkenaan merupakan hasil kerjasama tiga agensi iaitu Jabatan Ukur, MPABD dan BSP.

Majlis berkenaan juga dihadiri oleh Ketua Eksekutif MPABD, Awang Haji Mohd Salihin bin Haji Aspar.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur.

Attachments