Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatanganan MoU

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Keahlian Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA) dan Penyampaian Sijil Pendaftaran dan Amalan dan Majlis Pelancaran Laman Sesawang BoVEA yang diselajurkan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pembangunan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Disember. – Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Pengurusan Lembaga telah mengendalikan Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Keahlian Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA) dan Penyampaian Sijil Pendaftaran dan Amalan yang diselajurkan dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pembangunan dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Majlis Pelancaran Laman Sesawang BoVEA. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pengerusi BoVEA.

2_3_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pengerusi BoVEA semasa memberikan kata-kata aluan di majlis berkenaan.

Dalam kata-kata aluannya, beliau menekankan Penilai, mengikut Seksyen 14(2) Perintah Penilai dan Ejen Harta Tanah 2009, bahawa tiada sesiapapun boleh menjalankan perniagaan atau mengambil pekerjaan sebagai seorang Penilai dibawah apa-apa nama, sebutan atau gelaran yang memberikan makna bahawa dia adalah seorang Penilai, dan tiada sesiapa pun boleh menjalankan bagi satu bayaran sebarang pekerjaan seorang Penilai melainkan jika dia adalah seorang Penilai yang berdaftar.

Majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Pembangunan, beliau ingin mengingatkan kepada pihak yang berkaitan bahawa penilaian pasaran harta tanah tidaklah boleh dianggap sebagai cara untuk memaksimakan keuntungan sama ada kepada para Pemaju atau pendapatan seseorang Ejen Harta Tanah, ataupun para Penilai dan institusi kewangan dengan mengeksploitasi golongan pengguna atau pelanggan.

3_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menekankan, penilaian haruslah disediakan mengikut piawaian profesional antarabangsa (international standard), dan ia tidak boleh ditinggikan secara melulu demi untuk memberi manfaat kepada penjual atau pemaju tanpa perlu mengambil kira kemampuan rakyat dan penduduk tempatan. Ia sepatutnya diperolehi daripada permintaan dan bekalan pasaran (market, demand and supply).

Dalam ucapannya, pihak kementerian juga mengenalpasti beberapa masalah berkaitan dengan perkhidmatan Ejen Harta Tanah dan Pemaju Perumahan iaitu pembayaran lambat atau tidak ada pembayaran kepada konsultan / kontraktor bangunan; mengurangkan kos pembangunan serendah yang mungkin tetapi menyediakan produk berkualiti rendah; tidak bertanggungjawab terhadap pembangunan projek mereka selepas Defect Liability Period (DLP) dan, atau menjual; tidak bertanggungjawab untuk menyelenggara kesemua kawasan umum selepas unit dijual; dan tanah tidak dimajukan untuk membuat kemajuan pembangunan sampai bertahun-tahun.

Majlis disusuli dengan penyampaian sijil-sijil kepada para penerima Sijil Lantikan Keahlian BoVEA dan Sijil Pendaftaran dan Amalan bagi tahun 2019 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Seramai 10 orang menerima sijil yang terdiri daripada Penilai dan Ejen Harta Tanah berdaftar dari sektor kerajaan dan swasta.

4_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG5_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG 6_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG7_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG8_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG9_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG10_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG11_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG12_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG13_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sijil-sijil kepada para penerima Sijil Lantikan Keahlian BoVEA dan Sijil Pendaftaran dan Amalan.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan pelancaran laman sesawang 'www.bovea.gov.bn' yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja yang bergiat aktif dan terlibat dalam industri hartanah, khususnya kepada mereka yang ingin memohon sebagai Penilai atau Ejen Harta Tanah Berdaftar (Registered Valuer and Estate Agent) dan Penilai atau Ejen Harta Tanah Berdaftar yang menjalankan amalan (Practising Registered Valuer and Estate Agent). Permohonan ini perlulah dihadapkan kepada Urusetia BoVEA, Divisyen Pengurusan Lembaga, Kementerian Pembangunan.

14_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar melancarkan laman sesawang BoVEA.

Di majlis ini juga pihak Kementerian Pembangunan dan pihak IBTE telah bekerjasama untuk memeterai satu Memorandum Persefahaman bagi mengangkat dan meningkatkan keupayaan anak-anak tempatan dan menjamin tahap kerjaya serta kepercayaan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan profesional Penilai dan Ejen Harta Tanah yang berdaftar.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan dan Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE. Objektif utama MoU ini ialah bagi memberikan peluang kepada IBTE untuk membuka semula kursus pendidikan teknikal yang relevan dalam kerjaya harta tanah dan memberikan sokongan berterusan dua hala bagi menjamin kemajuan industri harta tanah di Negara Brunei Darussalam.

15_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan penandatanganan MoU di antara Kementerian Pembangunan dan IBTE.

16_Majlis penyampaian sijil, pelancaran laman sesawang BoVEA dan penandatangan MoU.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan pertukaran MoU di antara Kementerian Pembangunan dan IBTE.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan dan Industri Pembinaan) Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; dan Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

Sumber: Siaran Akhbar Divisyen Pengurusan Lembaga, Kementerian Pembangunan.

Attachments