Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan naib johan pertandingan perarakan sempena Maulud Nabi

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan naib johan pertandingan perarakan sempena Maulud Nabi.jpg

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menyampaikan hadiah kepada naib johan Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan iaitu Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 November. – Kementerian Pembangunan diumumkan sebagai naib johan dalam Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan pada Pertandingan Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara pada tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan semasa Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1441 Hijrah yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1441 Hijrah.

Dengan kejayaan ini, Kementerian Pembangunan menerima hadiah wang tunai berjumlah BND2,500, piala iringan dan sijil penyertaan.

Hadir menerima hadiah mewakili Kementerian Pembangunan ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohammad Iskandar bin Haji Idris.

Terdahulu, pengerusi bersama jemaah hakim yang mengumumkan keputusan pertandingan menjelaskan bahawa penilaian bagi kategori yang dipertandingkan mengambil kira keberadaan dan kesiapsiagaan pasukan-pasukan berkumpul, keseragaman dari segi pakaian, aksesori tambahan yang dibawa menambahkan keunikan pasukan, kreativiti hiasan rangka bingkai sepanduk juga beratur secara rapi sebelum lagi acara majlis dimulakan.

Attachments