Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Tiga kontrak bagi projek-projek JKR ditandatangani

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Tiga kontrak bagi projek-projek JKR ditandatangani.JPG

MENTERI Pembangunan hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Menandatangani Kontrak dan Penyerahan Dokumen Kontrak bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya.

BERAKAS, Khamis, 21 November. – Dalam usaha meningkatkan keselamatan dan keselesaan bagi para pengguna jalan raya, sebanyak tiga kontrak perjanjian ditandatangani pada Majlis Menandatangani Kontrak dan Penyerahan Dokumen Kontrak bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Projek-projek yang ditandatangani ialah Projek Pembinaan Jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong / Persimpangan Perumahan Kampong Lugu, Kontrak Penggal Pemeliharaan Saliran dan Kolam bagi Daerah Tutong, dan Projek Kerja-Kerja Mengorek dan Melebar di Kampong Birau dan Kampong Padnunok.

Penandatanganan kontrak bagi projek-projek tersebut telah ditandatangani antara Pemangku Pengarah Kerja Raya, Pemangku Pengarah Jalan Raya, Pemangku Pengarah Saliran dan Pembetungan, serta wakil-wakil kontraktor yang dilantik. Penandatanganan tersebut turut disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Majlis juga diteruskan dengan sesi penyerahan dokumen kontrak dan surat lantikan konsaltan kepada Petar Perunding Sdn. Bhd. bagi Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong Fasa 2, Pintu Malim dan Stesen-Stesen Pam, LKA Konsult Sdn. Bhd. bagi Projek Proposed National Isolation Centre Laboratory NTRL and Virology Services, dan Bolton Hennessey Sdn. Bhd. bagi Projek Pembinaan Jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong / Persimpangan Perumahan Kampong Lugu.

Sebelum majlis berakhir, Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkesempatan melihat pameran mengenai projek-projek tersebut.

5_Tiga kontrak bagi projek-projek JKR ditandatangani.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan pameran mengenai projek-projek Jabatan Kerja Raya yang baru ditandatangani.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Karim; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

 

Projek Pembinaan Jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong / Persimpangan Perumahan Kampong Lugu

Kontraktor: Hiew H.Y. Construction Sdn. Bhd.

Harga kontrak: $12,933,010.99

Tempoh projek: 24 bulan

2_Tiga kontrak bagi projek-projek JKR ditandatangani.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan penandatanganan kontrak bagi Projek Pembinaan Jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong / Persimpangan Perumahan Kampong Lugu.

Skop kerja:

  • Membina jalan empat lorong dua hala;
  • Pembinaan longkang konkrit, kerja-kerja cecuruk;
  • Kerja-kerja pembinaan jejambat, memasang peralatan dan perkakas keselamatan jalan raya;
  • Melaksanakan kerja-kerja perlindungan; dan
  • Pemindahan kemudahan-kemudahan asas seperti perkhidmatan air, elektrik dan telekom.

Objektif projek: Untuk menyediakan persimpangan yang selamat serta selesa kepada para pengguna jalan raya. Selain itu, objektif projek ini adalah untuk melancarkan peredaran trafik serta aliran lalu lintas dan meningkatkan tahap keselamatan di Lebuhraya Muara-Tutong.

 

Kontrak Penggal Pemeliharaan Saliran dan Kolam bagi Daerah Tutong

Kontraktor: Nur Tharwan Sdn. Bhd.

Harga kontrak: $418,385.00

Tempoh projek: 36 bulan

3_Tiga kontrak bagi projek-projek JKR ditandatangani.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan penandatanganan kontrak bagi Kontrak Penggal Pemeliharaan Saliran dan Kolam bagi Daerah Tutong.

Skop kerja:

  • Kerja-kerja memotong rumput dan membersihkan kawasan rejab sungai;
  • Kerja-kerja mengorek dan melebarkan sungai-sungai dan longkang-longkang;
  • Kerja-kerja membuang rumput, kayu dan sebagainya ke tempat pembuangan yang dibenarkan;
  • Membuat laporan kejadian banjir dengan maklumbalas segera; dan
  • Kerja-kerja membuang pohon kayu besar yang timbul dan tersangkut yang menjejaskan pengaliran air di kawasan Daerah Tutong dan seterusnya membuang ke tempat yang dibenarkan.

Objektif projek: Mengurangkan kejadian banjir kilat khususnya ketika hujan lebat dan melancarkan sistem pengaliran di kawasan-kawasan yang sering dilanda kebanjiran.

 

Projek Kerja-Kerja Mengorek dan Melebar di Kampong Birau dan Kampong Padnunok

Kontraktor: J.Y.C Sdn. Bhd.

Harga kontrak: $346,290.00

Tempoh projek: 15 bulan

4_Tiga kontrak bagi projek-projek JKR ditandatangani.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan penandatanganan kontrak bagi Projek Kerja-Kerja Mengorek dan Melebar di Kampong Birau dan Kampong Padnunok

Skop kerja:

  • Kerja-kerja mengorek dan melebar sungai-sungai;
  • Kerja-kerja ukur 'topographic' dan 'hydrographic';
  • Kerja-kerja membuat 'weir' untuk mengawal pengaliran air;
  • Kerja-kerja membuat dinding penahan (gabion wall); dan
  • Kerja-kerja memotong rumput dan membersihkan kawasan.

Objektif projek: Projek ini bertujuan untuk melancarkan sistem saliran di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir apabila hujan lebat dan ketika air pasang.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments