Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Ukur | Foto: Kementerian Pembangunan

4_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan piala Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019 kepada wakil Jabatan Ukur.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 Oktober. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan muncul juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019. Kejohanan Badminton pada tahun ini dianjurkan oleh Jabatan Ukur dan telah diadakan pada 14 Oktober 2019 sehingga 27 Oktober 2019 di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada peringkat akhir kejohanan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. Turut hadir di peringkat akhir kejohanan tersebut ialah Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan serta ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

1_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan dan Timbalan Menteri Pembangunan diperkenalkan dengan pemain-pemain yang beraksi di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019.

2_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan serta ketua-ketua jabatan yang hadir semasa perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019.

Tujuan kejohanan diadakan adalah untuk menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan dan juga untuk meningkatkan persafahaman dan kerjasama secara berpasukan. Selain itu, kejohanan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

3_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG

SUASANA perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019 kelolaan Jabatan Ukur.

Jabatan Ukur mara ke peringkat akhir kejohanan setelah menewaskan Jabatan Perkhidmatan Teknikal (DTS) dengan keputusan 3-1. Turut serta ke peringkat akhir ialah Jabatan Perkhidmatan Air (DWS) setelah berjaya menewaskan Jabatan Perkhidmatan Bangunan (DBS) dengan keputusan 3-1.

Perlawanan untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4 telah berlangsung pada 23 Oktober 2019 dimana Jabatan Perkhidmatan Teknikal (DTS) berjaya meraih kemenangan ke atas Jabatan Perkhidmatan Bangunan (DBS) dengan keputusan 3-2.

Peringkat akhir kejohanan berlangsung pada 27 Oktober 2019 di mana Jabatan Ukur beraksi menentang Jabatan Perkhidmatan Air (DWS). Perlawanan pertama ialah acara beregu campuran yang mana kemenangan berpihak kepada Jabatan Ukur. Perlawanan kedua pula ialah acara beregu lelaki veteran yang mana Jabatan Ukur menang untuk melebarkan lagi keputusan 2-0. Perlawanan seterusnya ialah beregu wanita terbuka yang mana turut dimenangi oleh Jabatan Ukur dan menjadikan keputusan 3-0 sekaligus menobatkan Jabatan Ukur sebagai juara keseluruhan Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019.

5_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan, Timbalan Menteri Pembangunan dan Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan bergambar ramai bersama juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019 iaitu Jabatan Ukur.

6_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan bergambar ramai bersama naib juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019 iaitu Jabatan Perkhidmatan Air.

7_Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan tahun 2019.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan, Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan bergambar ramai bersama pemenang tempat ketiga Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019 iaitu Jabatan Perkhidmatan Teknikal.

Attachments