Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

IET Faraday Challenge 2019 dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: PUJA (Brunei)

1_IET Faraday Challenge 2019 dilancarkan.jpg 

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, selaku tetamu kehormat majlis melancarkan The 1st Regional Faraday Challenge 2019 dan Asia Pacific Community Volunteer Conference (AP-CVC) 2019.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Oktober. – The Institution of Engineering and Technology (IET) Brunei Darussalam telah menganjurkan The 1st Regional Faraday Challenge yang diadakan di Hotel Aman Hills, Kampong Manggis, Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan majlis berkenaan ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Tujuan cabaran tersebut diadakan ialah untuk memperkenalkan generasi muda mengenai bidang sains, teknologi dan kejuruteraan serta menanam minat para peserta dalam menyelesaikan masalah dan membina keyakinan terhadap kemampuan mereka melakukannya disamping menggalakkan mereka berfikir di luar kotak.

Semasa majlis tersebut, turut diadakan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) di antara The IET United Kingdom dan PUJA (Brunei). MoU ini pertama kali ditandatangani pada tahun 2013 dan bertujuan untuk meneroka peluang-peluang kerjasama di antara kedua-dua buah pertubuhan berkenaan.

5_IET Faraday Challenge 2019 dilancarkan.jpg

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, selaku tetamu kehormat majlis menyaksikan pertukaran MoU di antara Presiden PUJA (Brunei), Yang Berhormat Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman dengan wakil The IET United Kingdom.

IET merupakan salah sebuah pertubuhan profesional untuk komuniti sains, kejuruteraan dan teknologi yang terkemuka di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dengan menggabungkan The Institution of Electrical Engineers (IEE) dengan The Institution of Incorporated Engineers (IIE). Pada masa ini, IET mempunyai keahlian seramai 168,000 orang di 150 buah negara di Eropah, Amerika Utara dan Asia Pasifik, termasuklah Negara Brunei Darussalam.

The IET's Asia Pacific Community Volunteer Conference (AP-CVC) dengan tema "Building a Better Region for Tomorrow" juga telah diadakan pada hari sebelumnya. Objektif persidangan ini ialah untuk menangani keperluan dan kebimbangan Rangkaian Tempatan di rantau ini dengan lebih baik.

6_IET Faraday Challenge 2019 dilancarkan.jpg

SESI bergambar ramai.

Turut hadir di majlis ini ialah Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman, yang juga Presiden PUJA (Brunei); Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad.

Attachments