Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menteri Pembangunan terima pengiktirafan ICE, UK

Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Menteri Pembangunan terima pengiktirafan keahlian Fellowship of Chartered Civil Engineer.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menerima sijil pengiktirafan keahlian Fellowship of Chartered Civil Engineer daripada Presiden The Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom, 2018-2019, Mr. Andrew Wyllie.

LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin, 30 September. – Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan membuat kunjungan hormat bersama Mr. Andrew Wyllie, President of The Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom, 2018-2019. Yang Berhormat Menteri Pembangunan berada di London, United Kingdom atas undangan khas pihak Institution of Civil Engineers (ICE) bagi menerima sijil pengiktirafan keahlian Fellowship of Chartered Civil Engineer.

Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom adalah Badan Keahlian Professional dan merupakan salah satu institusi kejuruteraan profesional terkenal di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1818, Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom telah menarik lebih daripada 92,000 keahlian di seluruh dunia, serta telah membantu dan memberi sokongan kepada civil engineers dan technicians dari segi kepakaran teknikal mengikut piawaian-piawaian yang tertinggi. Sebagai Badan Profesional, Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom bertujuan untuk menyokong para profesional kejuruteraan awam dengan menawarkan kelayakan profesional, mempromosikan pendidikan, mengekalkan etika profesional, dan berhubung dengan industri dan akademik. Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom menetapkan piawaian kepada Badan Keahlian; bekerjasama dengan industri dan akademik untuk meningkatkan piawaian kejuruteraan dan menawarkan khidmat nasihat berbentuk pendidikan kurikulum dan latihan. Negara Brunei Darussalam, sehingga kini seramai 148 orang jurutera telah didaftarkan sebagai ahli kepada Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom yang mana kebanyakannya adalah Practitioners.

Di perjumpaan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan President of The Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom telah bertukar-tukar pendapat mengenai profesion kejuruteraan serta keahlian jurutera profesional di Kementerian Pembangunan dan di Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom. Kementerian Pembangunan telah pun diiktiraf sebagai Approved Training Organisation oleh pihak Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom, sejak Oktober 1999. Melalui pengiktirafan tersebut, Kementerian Pembangunan dapat mengendalikan Professional Development Programme (PDP) yang merangkumi Further Learning Programme (FLP) dan Chartered Professional Review (CPR) bagi membolehkan jurutera-jurutera diiktiraf menjadi ahli Professional Chartered Engineer kepada Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom.

Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom juga mengiktiraf Further Learning Programme (FLP), Kementerian Pembangunan sebagai Postgraduate Diploma in Professional Engineering. Postgraduate Diploma in Professional Engineering ini adalah setanding dengan Brunei Darussalam Qualification Framework Level 7 Masters Degree yang diiktiraf oleh Brunei Darussalam National Accreditation Council (BDNAC). Setakat ini, sejumlah 30 peserta telah mengikuti Further Learning Programme (FLP) pengambilan pertama bagi tahun 2012 hingga 2014, dari jumlah tersebut seramai 24 peserta telah lulus mendapat Postgraduate Diploma in Professional Engineering dan setakat ini, hanya 19 peserta telah berjaya memperolehi keahlian Professional Engineer Charteredship. Manakala dari tahun 2015 hingga 2018, Further Learning Programme (FLP) pengambilan kedua telah disertai oleh 24 peserta, dan dari jumlah tersebut seramai 14 peserta telah dianugerahkan Postgraduate Diploma in Professional Engineering. Peserta-Peserta tersebut terdiri daripada Jurutera-Jurutera yang sedang berkhidmat di Kementerian Pembangunan dan beberapa Jurutera daripada Kementerian Pertahanan dan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri.

Di majlis perjumpaan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga telah menerima sijil keahlian Fellowship of Chartered Civil Engineer daripada President of The Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom iaitu the highest grade of membership di Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom. Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah pun menjadi ahli Fellowship of Chartered Civil Engineer sejak tahun 2006. Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan rombongan seterusnya dibawa meninjau ke pejabat institusi tersebut yang mempunyai sejarah kejuruteraan daripada mantan-mantan President of The Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom sejak dari tahun 1818 hingga 2018, disamping struktur arkitek sejarah hiasan dalaman dikekalkan sehingga sekarang.

2_Menteri Pembangunan terima pengiktirafan keahlian Fellowship of Chartered Civil Engineer.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar berserta rombongan dari Negara Brunei Darussalam semasa bergambar ramai bersama pihak Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom.

Diakhir perjumpaan tersebut, di ruang yang berlainan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Mr. Nick Bayerstock, Director General of The Institution of Civil Engineers (ICE) bagi bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai Enabling Better Infrastructure.

Turut menyertai kunjungan hormat tersebut ialah Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Rooslina Weti binti Pengiran Haji Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom; Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; dan Yang Mulia Awang Bahrin bin Haji Mohammad, The Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom – Brunei Darussalam Appointed Representative berserta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan. Manakala dari pihak Intitution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom ialah Ms. Catherine Cole, International Director; Mr. Patrick Courtney, International Membership Recruitment Manager; dan Mr. Ben Goodwin, Lead Policy Manager.

Attachments