Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur 'A' muncul johan

Siaran dan Foto: Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_Jabatan Ukur ‘A’ muncul johan.png

JABATAN Ukur 'A', johan bagi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya pada sesi bergambar ramai.

BERAKAS, Ahad, 22 September. – Jabatan Ukur 'A' muncul johan bagi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Dewan Hangar, Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini.

Naib Johan disandang oleh pasukan daripada Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR, manakala tempat ketiga milik pasukan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR bergabung dengan Jabatan Perkhidmatan Air, JKR.

Pemain Terbaik secara keseluruhan diraih oleh Dayang Afifah Syahirah binti Haji Abdullah Soefi daripada pasukan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR dan Best Shooter menjadi milik Dayang Norhamizah Sari binti Haji Sulong.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh isteri Timbalan Menteri Pembangunan, Datin Dayang Hajah Hajizah binti Metayer selaku tetamu kehormat majlis.

Kejohanan yang berformatkan 'round robin' disertai oleh sebanyak enam buah pasukan, iaitu Jabatan Tanah; Jabatan Ukur 'A'; Jabatan Ukur 'B'; Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR; Jabatan Jalan Raya, JKR bergabung dengan Jabatan Saliran dan Pembetungan, JKR; dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR bergabung dengan Jabatan Perkhidmatan Air, JKR.

Dianjurkan bersama Jabatan Kemajuan dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR, Kementerian Pembangunan, kejohanan antara lain mempunyai objektif bagi menggalakkan pegawai juga kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk bergiat cergas juga aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan.

Selain itu, kejohanan juga adalah untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan (teamwork) dalam kalangan pegawai juga kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim juga kerjasama Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Antara yang hadir menyaksikan kejohanan, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; isteri Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice; Pegawai-pegawai Kanan; pegawai juga kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments