Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Rezeki halal mengundang rahmat

Berita dan Foto: Haji Ariffin bin Mohamad Noor / Morshidi

1_Rezeki halal mengundang rahmat.jpg 

HADIR selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BERAKAS, Sabtu, 21 September. – Rezeki di dalam Islam adalah sesuatu yang bermanfaat bersumber yang halal. Sesuatu yang diterima bukan bersumber daripada yang halal bukanlah dikira rezeki.

Kehidupan manusia diciptakan dengan pelbagai hikmah yang telah direncanakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Rezeki dikurniakan anak-anak juga merupakan harta atau rezeki kepada sesebuah rumah tangga. Di samping itu, dikurniakan pelbagai nikmat lainnya yang baik-baik juga dari Allah merupakan rezeki meliputi kehidupan seharian seperti umur, kesihatan, pekerjaan serta jiran tetangga yang patut disyukuri.

Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian pada Ceramah sempena Awal Tahun Baharu 1441 Hijrah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Jupri bin Haji Hidup dengan tajuk 'Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat' yang diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan kelolaan bersama Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Air.

2_Rezeki halal mengundang rahmat.jpg

PENCERAMAH Undangan, Pegawai hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Jupri bin Haji Hidup menyampaikan ceramahnya bertajuk 'Rezeki Halal Mengundang Rahmat Negara Berkat'.

Tambah Awang Haji Jupri, dalam menjalani kehidupan bermasyarakat dan bernegara hendaklah seorang hamba Allah itu kerap memohon keberkahan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub; Pemangku Pengarah Saliran dan Pembetungan, Pengiran Azman bin Pengiran Badaruddin dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Air, Awang Haji Ashrulsuhardy bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi Majlis bersama dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice serta Ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta pegawai dan kakitangan kementerian tersebut.

3_Rezeki halal mengundang rahmat.jpg

TETAMU kehormat, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menaburi bunga rampai kepada jemaah haji yang diraikan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada seramai 22 jemaah haji warga kementerian berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments