Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sesi Muzakarah platform salurkan informasi terkini

Berita dan Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

1_Sesi Muzakarah platform salurkan informasi terkini.jpg

SUASANA Sesi Muzakarah Kementerian Pembangunan Bersama Yang Berhormat Ahli-ahli MMN bagi Tahun 2020 yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

BERAKAS, Rabu, 18 September. – Sesi Muzakarah Kementerian Pembangunan Bersama Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) merupakan satu platform atau landasan bagi pihak kementerian menyalurkan informasi terkini atau pencerahan mengenai perkhidmatan, peranan dan tanggungjawab kementerian.

Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk secara berterusan melalui penyediaan prasarana asas, di samping mengongsikan inisiatif-inisiatif strategik yang disasarkan dan diselaraskan kepada pembangunan negara, khasnya dalam matlamat pencapaian Wawasan Negara 2035.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menjelaskan perkara tersebut pada Sesi Muzakarah Kementerian Pembangunan Bersama Yang Berhormat Ahli-ahli MMN bagi Tahun 2020 yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, di sini.

2_Sesi Muzakarah platform salurkan informasi terkini.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa berucap pada Sesi Muzakarah Kementerian Pembangunan Bersama Yang Berhormat Ahli-ahli MMN bagi Tahun 2020 yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menjelaskan, melalui rangka tuju arah strategik 2018 - 2023 yang disediakan, Kementerian Pembangunan menggariskan pelan tindakan yang perlu diambil perhatian oleh jabatan dan divisyen masing-masing yang meliputi enam strategi utama.

Antara pelan tindakan tersebut, jelas Yang Berhormat Menteri ialah menyokong pembangunan perniagaan tempatan sebagai tunggak bagi pertumbuhan industri pembinaan ('construction industry').

Rombongan Ahli-ahli MMN diketuai oleh Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

3_Sesi Muzakarah platform salurkan informasi terkini.jpg

ROMBONGAN Ahli-ahli MMN diketuai oleh Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman.

Juga hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak; Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Alice Lim Sui Kau; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Divisyen; dan Ketua-ketua Unit; dan Pegawai-pegawai Kanan daripada Kementerian Pembangunan.

Sesi Muzakarah juga diselitkan dengan Tayangan Video Korporat Kementerian Pembangunan sebelum diteruskan dengan Sesi Soal Jawab.

Sebelum mengakhiri Sesi Muzakarah tersebut, Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty berkesudian untuk menyampaikan rumusan dan diteruskan dengan rumusan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments