Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Lawatan kerja ke ibu pejabat Setiausaha ASEAN di Republik Indonesia

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_Lawatan kerja ke ibu pejabat Setiausaha ASEAN di Republik Indonesia.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bersama Setiausaha Agong ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Lim Jock Hoi, di Ibu Pejabat Setiausaha ASEAN, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, Republik Indonesia.

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 12 September. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar telah mengunjungi Ibu Pejabat Setiausaha ASEAN di Jakarta, Republik Indonesia. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pembangunan disambut oleh Setiausaha Agong ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Lim Jock Hoi di Ibu Pejabat Setiausaha ASEAN, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, di sini.

Semasa lawatan kerja tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah disampaikan taklimat mengenai struktur organisasi ASEAN dan juga berkesempatan meninjau ke pejabat-pejabat Setiausaha, Dewan-Dewan Persidangan dan kemudahan-kemudahan yang tersedia di Ibu Pejabat berkenaan.

Turut menyertai lawatan kerja rasmi tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Jakarta, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Seri Pahlawan Awang Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman, dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice,  serta Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.

Attachments