Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menteri Pembangunan mengadakan kunjungan hormat

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

1_Menteri Pembangunan mengadakan kunjungan hormat.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa membuat kunjungan hormat bersama Menteri Perancanaan Pembangunan Nasional, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Bambang Permadi Soemantri Brodjonegoro.

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 11 September. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar membuat kunjungan hormat bersama Menteri Perancanaan Pembangunan Nasional, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Bambang Permadi Soemantri Brodjonegoro. Yang Berhormat Menteri Pembangunan berada di Jakarta, Republik Indonesia bagi menghadiri Conference of Federation of ASEAN Engineering Organizations (CAFEO) yang ke-37.

Di perjumpaan tersebut, kedua-dua menteri bertukar-tukar maklumat mengenai teras perniagaan, visi dan misi kementerian serta cabaran-cabaran yang dihadapi. Menyentuh mengenai Kalimantan Timur yang akan menjadi ibu kota baru negara itu, Tuan Yang Terutama Menteri Perancanaan Pembangunan Nasional, Republik Indonesia berkongsi bahawa pihak Kementerian Perancanaan Pembangunan Nasional telah ditugaskan untuk mengkaji lokasi di Kalimantan dan membuat penyediaan pelan induk bagi cadangan ibu negara baru tersebut.

Kedua-dua menteri mengambil maklum akan keperluan dan kepentingan beberapa penilaian kesan terhadap sosial, ekonomi dan alam sekitar. Dalam perbincangan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyatakan bahawa terdapat peluang untuk Kementerian Pembangunan memperolehi manfaat dan berkongsi kepakaran daripada Kementerian Perancanaan Pembangunan Nasional. Kedua-dua menteri juga berharap untuk bekerjasama dan meningkatkan hubungan yang lebih rapat antara kedua-dua belah pihak.

Turut menyertai kunjungan hormat tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam di Jakarta, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Seri Pahlawan Awang Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman, dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice, serta Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.

Attachments