Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Perasmian bengkel tatacara audit dalaman

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

10_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

HADIR selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BERAKAS, Sabtu, 3 Ogos. – Majlis Perasmian Bengkel Tatacara Audit Dalaman kelolaan Unit Audit Dalaman Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Jabatan Audit, Jabatan Perdana Menteri bagi Ahli-Ahli Pemeriksa Audit Dalaman 2019-2022 Kementerian Pembangunan yang diselajurkan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Ahli-Ahli Pemeriksa Audit Dalaman 2016-2019 telah julung-julung kalinya diadakan sebagai satu platform dalam pemberigaan aktiviti-aktiviti pengauditan yang dikendalikan Unit Audit Dalaman Kementerian Pembangunan semenjak penubuhannya bagi menyahut titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya setiap kementerian menubuhkan sebuah Unit Audit Dalaman dengan tujuan untuk memperkemaskan lagi pengurusan kewangan dan organisasi setiap kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini.

Bengkel audit ini adalah dikhususkan bagi 85 orang ahli pemeriksa audit yang baru dilantik untuk tempoh 2019-2022.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kepada ahli-ahli pemeriksa mengenai kepentingan audit dalaman serta memberi pengetahuan mengenai aspek dokumentasi dan praktikal. Disamping itu, bengkel ini adalah diharap akan dapat memberi keyakinan sewaktu mereka melaksanakan tugas-tugas pemeriksaan audit dalaman yang akan diadakan seperti yang telah dirancang oleh Unit Audit Dalaman Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaikan sijil-sijil tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; dan Pemangku Juruaudit Agung, Pengiran Siti Norbayah binti Pengiran Haji Shahminan.

3_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

UCAPAN Perasmian daripada Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menasihatkan agar warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya supaya tidak bersikap selesa dengan situasi pada masa ini dan berharap supaya pihak pengurusan mengambil langkah proaktif dalam memastikan setiap pengurusan yang melibatkan pengurusan kewangan dan aset-aset kerajaan dilaksanakan dengan mengikut peraturan-peraturan serta menjalankan pemantauan dengan lebih kerap.

Yang Berhormat juga menekankan betapa pentingnya bagi semua ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit untuk mempraktikkan amalan urustadbir kerajaan yang terbaik secara berterusan bagi memastikan setiap jabatan, divisyen dan unit dapat mencapai objektif dan matlamat sepertimana yang terkandung di dalam pelan strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023 dan seterusnya menjurus kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Majlis pada petang itu kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada 72 orang ahli-ahli pemeriksa audit dalaman Kementerian Pembangunan bagi tempoh 2016-2019. Para penerima ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh Unit Audit Dalaman kementerian ini bagi membantu melaksanakan pemeriksaan terhadap jabatan-jabatan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dalam tempoh tersebut.

 5_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

6_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

7_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Ahli-Ahli Pemeriksa Audit Dalaman Sesi 2016-2019.

Di sepanjang lantikan pegawai-pegawai berkenaan, sebanyak 17 pengauditan yang dirancang oleh pengurusan Unit Audit Dalaman Kementerian Pembangunan telah dapat dilaksanakan dan menghasilkan laporan pemeriksaan yang membentangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian bagi meningkatkan dan penambahbaikan oleh pihak pengurusan yang telah diaudit.

Majlis itu juga diselitkan dengan ucaptama oleh Pemangku Juruaudit Agung dimana beliau menyentuh mengenai dengan kepentingan dan keberkesanan audit dalaman yang dijalankan oleh pihak kementerian. Beliau menjelaskan bahawa audit dalaman ini akan dapat membantu pihak pengurusan ke arah penambahbaikan tahap pengurusan masing-masing.

4_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

UCAPTAMA daripada Pemangku Juruaudit Agung, Pengiran Siti Norbayah binti Pengiran Haji Shahminan.

Disamping itu, inisiatif audit dalaman yang dijalankan juga dapat menyumbang kepada pendekatan usaha kerjasama 'whole of nation approach'di antara Kementerian Pembangunan dengan Jabatan Audit, Jabatan Perdana Menteri dalam sama-sama berganding bahu bagi memastikan jentera urustadbir kerajaan dilaksanakan dengan telus, cekap dan berkesan berprinsipkan 4E iaitu Economy, Efficiency, Effectiveness dan Ethic serta berpandukan kepada konsep Melayu Islam Beraja.

1_Perasmian bengkel tatacara audit dalaman.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa sesi bergambar ramai.

Attachments