Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kunjungan hormat Majlis Perniagaan BIMP-EAGA

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

4_Kunjungan hormat Majlis Perniagaan BIMP-EAGA.JPG

 SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria semasa bergambar ramai bersama rombongan Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Negara Brunei Darussalam dan PT. Geslo Limited, Aceh, Republik Indonesia.

BERAKAS, Sabtu, 3 Ogos. – Rombongan dari Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Negara Brunei Darussalam berserta delegasi dari PT. Geslo Limited, Aceh, Republik Indonesia telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pembangunan pada hari ini.

Hadir mengalu-alukan rombongan ini ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Mengetuai rombongan seramai 12 orang ini ialah Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA bagi Negara Brunei Darussalam, Pengiran Yura Kesteria PSN Haji Mohd Yusuf sementara rombongan PT. Geslo Limited diketuai oleh pengerusinya iaitu Sayed Fadel Alatas.

1_Kunjungan hormat Majlis Perniagaan BIMP-EAGA.JPG

MENGETUAI rombongan ialah Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA bagi Negara Brunei Darussalam, Pengiran Yura Kesteria PSN Haji Mohd Yusuf.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut serta beberapa orang pegawai dari autoriti berkenaan.

Delegasi yang menghadiri kunjungan hormat ini adalah terdiri daripada para profesional dan pelajar-pelajar dari industri minyak dan gas dan industri infrastruktur.

2_Kunjungan hormat Majlis Perniagaan BIMP-EAGA.JPG

ANTARA yang ikut serta semasa menghadiri kunjungan hormat berkenaan.

3_Kunjungan hormat Majlis Perniagaan BIMP-EAGA.JPG

TURUT hadir ialah Pemangku Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut serta beberapa orang pegawai dari autoriti berkenaan.

Kunjungan mereka ke negara ini adalah bertujuan untuk meneroka peluang-peluang kerjasama dengan BIMP-EAGA Negara Brunei Darussalam disamping ingin berkongsi pengetahuan mengenai pengurusan Kementerian Pembangunan dalam isu-isu pembinaan dan pembekalan bahan-bahan binaan yang boleh diguna pakai bagi bandar Aceh.

Rombongan ini juga berkesempatan melawat galeri pameran Kementerian Pembangunan sebelum mengadakan perjumpaan di bilik Arap Gagati, kementerian ini.

Attachments