Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

BDNAB Terima Sumbangan Daripada Kementerian Pembangunan

Bandar Seri Begawan, Khamis, 5 Mac - Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) menerima sumbangan sebanyak BND2,088 daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan, hari ini.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan bagi persatuan itu disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Divisyen Pengurusan Korporat, Kementerian Pembangunan, Awang Osman bin Daud kepada Pengerusi Larian Amal Tongkat Putih 2015, Awang Muhammad Jamary bin Danggat, berlangsung di Bilik Kaca, Kementerian Pembangunan, di sini.

Sumbangan bagi Larian Amal Tongkat Putih 2015 itu merupakan anjuran BDNAB yang mana akan diadakan pada 8 Mac 2015 ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Larian Amal yang diadakan buat kali kedua itu dijangka akan disertai oleh lebih dua ribu orang peserta. Kredit: Pelita Brunei.


Attachments