Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Perkhidmatan Kaunter Jabatan Tanah sepanjang Ramadan

Siaran Akhbar: Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Mei. – Sepanjang bulan Ramadan tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi, Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa waktu perkhidmatan Kaunter Penerimaan Pembayaran di bahagian-bahagian dan cawangan Pejabat Tanah Daerah di keempat daerah akan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sementara, waktu perkhidmatan bagi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di semua bahagian dan cawangan Pejabat Tanah seluruh negara akan dibuka setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu mulai jam 8.15 pagi hingga 1.00 petang.

Manakala kaunter-kaunter tersebut akan ditutup pada Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan Awam.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments