Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Minggu Keselamatan dan Kesihatan tutup tirai

Oleh: Sim Y. H.

2_Minggu Keselamatan dan Kesihatan tutup tirai.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penutup Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2019.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 April. – Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2019 (MKK 2019), Jabatan Kerja Raya (JKR) menutup tirainya setelah berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 April pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat JKR, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada penceramah, peserta-peserta pameran dan pihak-pihak penaja ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

1_Minggu Keselamatan dan Kesihatan tutup tirai.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Ar.  Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan kerajaan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada majlis penutup MKK 2019 itu, ceramah bertajuk 'Manfaat Berpuasa untuk Kesihatan' turut disampaikan oleh Dr Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah iaitu penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sepanjang MKK 2019, seramai 10 orang penceramah telah menyampaikan taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak kerja yang dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan kerajaan dan beberapa syarikat dari industri pembinaan.

4_Minggu Keselamatan dan Kesihatan tutup tirai.JPG

3_Minggu Keselamatan dan Kesihatan tutup tirai.JPG

ANTARA jemputan yang hadir pada majlis penutup berkenaan.

Sementara itu, ruang pameran MKK 2019 turut menerima sambutan yang menggalakkan dengan kunjungan rombongan penuntut-penuntut dari institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah dari IBTE serta orang ramai. Pameran itu disertai oleh beberapa buah agensi kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dan JKR.

Sumber: Media Permata.

Foto: Kementerian Pembangunan.

Attachments