Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Mohon keselamatan, jauhi kemalangan tempat kerja

Berita dan Foto: Mohamad Azmi Awang Damit

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 April. – Bagi memohon keberkatan dan kesempurnaan serta kelancaran acara Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2019 (MKK 2019), Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengadakan Solat Fardu Asar dan Doa Hajat diselajurkan dengan bacaan Ratib Al-Attas.

Hadir bersama para jemaah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

MKK 2019 merupakan satu pelan tindakan JKR dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan ia diadakan bersempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja Sedunia yang disambut setiap tahun pada 28 April.

Majlis Pelancaran MKK 2019 akan diadakan Isnin ini, 29 April 2019 dan akan diisikan dengan beberapa taklimat, pameran dan Kempen Derma Darah.

MKK 2019 diharap akan dapat meningkatkan kesedaran pekerja-pekerja terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan di samping mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments