Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyerahan kad kuasa untuk menjalankan perintah kawalan bangunan

Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hjh Siti Aidah binti Haji Mohammad bergambar ramai bersama para penerima kad kuasa untuk menjalankan perintah kawalan bangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 April. – Perintah Kawalan Bangunan, 2014 mula dikuatkuasakan pada 1 November 2015, dan Autoriti yang bertanggungjawab untuk pentadbiran Perintah ini adalah Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).  Perintah ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk memperbaiki peraturan yang sedia ada untuk menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai melalui kawalan kemajuan pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Dalam usaha yang berterusan untuk meningkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Bangunan, 2014 dengan lebih berkesan dan efisyen, Kementerian Pembangunan melalui pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah pun memberikan kuasa kepada pegawai-pegawai dan kakitangan berkenaan dari Jabatan Daerah dan Lembaga Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menguatkuasakan Seksyen 57 terhadap pemilik atau penghuni bangunan komersial untuk menjaga kebersihan di kawasan yang boleh diakses oleh orang ramai.

Di samping itu, Pihak Berkuasa bagi Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan juga telah memberi kuasa kepada pegawai dan kakitangan berkenaan dari Jabatan Kemajuan Perumahan untuk menguatkuasakan Seksyen 23 dan 24 yang melibatkan kuasa untuk merobohkan bangunan yang tidak ada kebenaran kemajuan dan untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan penyambungan dan pengubahsuaian yang tidak ada kebenaran.

Dengan adanya gabungan penguatankuasaan dari Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, Jabatan Daerah dan Lembaga Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu akan dapat meningkatan keselamatan, kesihatan dan kebersihan melalui kawalan kemajuan pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Penerima kad-kad tersebut juga diperingati untuk menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan.

2_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

PEMANGKU Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut semasa menyampaikan ucapan.

Kad-kad kuasa disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Ir. Dayang Hjh Siti Aidah binti Haji Mohammad, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan semasa majlis yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan.

3_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

4_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

5_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

6_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

7_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

8_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

9_Majlis Penyerahan Kad Kuasa ABCi.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hjh Siti Aidah binti Haji Mohammad menyerahkan kad kuasa kepada para penerima.

Pihak Kementerian Pembangunan amat berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan, komitmen dan tanggungjawab untuk sama-sama memastikan bangunan-bangunan di negara ini selamat untuk didiami dan kebersihannya terpelihara di persekitaran bangunan-bangunan demi kesejahteraan orang ramai mengikut keperluan yang telah digariskan di bawah Perintah Kawalan Bangunan, 2014.

Attachments