Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan
HADIR di Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 Tahun ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mac. – Kementerian Pembangunan hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 Bagi Tahun 2019 di Surau Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub.
BACAAN Dikir Marhaban oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
TURUT hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub.
Majlis yang diselajurkan dengan membaca Surah Yasin dan bertahlil ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diikuti dengan bacaan Takhtim Al-Quran, Doa Khatam dan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam oleh Awang Mohammad Khairul bin Jackariah, pegawai dari Kementerian Pembangunan.
Majlis keugamaan yang dilaratkan ke kementerian-kementerian dan pertama kali dikendalikan oleh Kementerian ini antara lain bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir disamping menggalakkan para pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan untuk mengamalkan pembacaan Al-Quran.