Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau Dibincangkan

Oleh: Hajah Norizan Mahal | Foto: Azmah Haji Ahad | Selasa, 6 Oktober 2015

0280e86982d24ce820bb1cf2922e8b0e_XL.jpg 

TAKLIMAT dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 6 Oktober - Sebagai persediaan kepada Persidangan Parti-parti Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (Parties to United Nations Climate Change) Ke-20, Kementerian Pembangunan  mengadakan Sesi Taklimat Pengenalan bagi 'Intended Nationally Determined Contributions (INDCs) for Brunei Darussalam'.

Hadir mendengarkan taklimat berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos.

061015_AZMAH_TAKLIMAT_01.jpg 

PERUNDING dari United Kingdom, Ricardo Tenaga & Alam Sekitar, Encik David Shaw menyampaikan taklimatnya mengenai INDCs di Negara Brunei Darussalam.

Taklimat juga dihadiri oleh pengarah-pengarah, ketua-ketua pegawai eksekutif dan para pegawai kerajaan.

INDCs adalah medium utama bagi pihak kerajaan berkomunikasi kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on Climate Change - UNFCCC) dan membincangkan kaedah bagaimana mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk menangani cabaran perubahan iklim di negara sendiri. Ia juga dijangka menjadi asas kepada perjanjian iklim global pasca-2020, iaitu dari segi praktikal, unsur-unsur pengurangan INDCs yang merupakan komitmen ke arah objektif yang dipersetujui untuk mengehadkan purata kenaikan suhu permukaan kepada 2 degre Celsius.

061015_AZMAH_TAKLIMAT_03.jpg 

TAKLIMAT juga dihadiri oleh pengarah-pengarah, ketua-ketua pegawai eksekutif dan para pegawai kerajaan.

Isi kandungan Taklimat Pengenalan itu mengandungi peringkat pertama untuk proses dan persediaan Brunei Darussalam INDCs yang telah dikendalikan oleh Perunding dari United Kingdom, Ricardo Tenaga dan Alam Sekitar, Emily Le Cornu dan David Shaw.

Adalah dihasratkan melalui taklimat tersebut, semua pihak mengambil maklum dan membiasakan diri serta mendapatkan gambaran terbaik mengenai projek INDC, agar pelaksanaannya dapat diteruskan seperti yang telah dirancang.

Selain dari itu, taklimat juga merupakan suatu pendedahan dan pembarigaan kepada kementerian-kementerian kerajaan dan jabatan yang berkaitan mengenai INDC termasuk proses dan kaedah yang diguna pakai dalam penyediaan, isi kandungan, garis masa untuk persiapan dan 'output' akhir yang diserahkan di akhir kitaran projek itu.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments