Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Joint rountable bersama delegasi AAC, ACPECC

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Joint rountable bersama delegasi AAC, ACPECC.JPG

SUASANA semasa joint rountable bersama para delegasi ACC dan ACPECC.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Februari. – Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) di bawah Kementerian Pembangunan bergabung dengan Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA Brunei) telah mengendalikan lawatan khas bagi delegasi Joint Roundtable ASEAN Architects (AAC) dan ASEAN Chartered Professional Engineers Coordinating Committee (ACPECC) yang berlangsung di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong. 15 orang ahli Engineering Student Chapter daripada Universiti Teknologi Brunei turut menjayakan lawatan ke lokasi-lokasi persekitaran pembinaan yang utama seperti tapak projek Jambatan Brunei-Temburong dan Taman Mahkota Jubli Emas.

2_Joint rountable bersama delegasi AAC, ACPECC.JPG

DELEGASI Negara Brunei Darussalam semasa joint rountable tersebut.

Pembentangan kertas kerja dan projek diadakan, dimana Yang Berhormat Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abd Rahman, Presiden Pertubuhan Juruukur, Jurutera dan Arkitek Brunei membentangkan kertas kerja mengenai "Developing Digital Culture, Mindset and Capacity in Construction Industry". Jurutera-Jurutera dan Arkitek daripada Kementerian Pembangunan juga membentangkan kertas kerja mengenai projek Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, pembinaan rumah-rumah dalam Projek Perintis di Kampong Ayer dan Projek Jambatan Brunei-Temburong.

3_Joint rountable bersama delegasi AAC, ACPECC.JPG

PRESIDEN Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA Brunei), Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman membentangkan kertas kerja bertajuk "Developing Digital Culture, Mindset and Capacity in Construction Industry" pada joint roundtable tersebut.

Bagi mengakhiri lawatan teknikal tersebut, PUJA Brunei menganjurkan majlis ramah mesra petang bagi delegasi AAC, ACPECC dan Competent Authorities of the Framework Arrangement for the Mutual Recognition of Surveying Qualifications bersama ahli-ahli profesionalnya. Turut hadir ke majlis itu ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan dan Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan yang juga selaku Pengerusi Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan.

4_Joint rountable bersama delegasi AAC, ACPECC.JPG

BERGAMBAR ramai bersama para delegasi semasa majlis ramah mesra petang.

Attachments