Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

CF22 sokong kempen Setiap Hari Tanpa Beg Plastik

​Siaran Akhbar:  Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe)

1_CF22 sokong kempen Setiap Hari Tanpa Beg Plastik.jpg

MAJLIS penyerahan poster diadakan petang semalam di Premis D'Sunlit Sendirian Berhad.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Januari. – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan produk sisa plastik di negara ini, Kempen Setiap Hari Tanpa Beg Plastik akan dilaratkan ke Pesta Pengguna ke-22 (CF22) yang akan datang.

Sehubungan itu, majlis penyerahan poster diadakan petang semalam di Premis D'Sunlit Sendirian Berhad. Penyerahan poster diserahkan oleh wakil dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) iaitu Pemangku Ketua Bahagian Perancangan dan Pengurusan Alam Sekitar, Dayang Rodziah binti Haji Adnan kepada Pengurus Jualan D'Sunlit Sdn Bhd, Mike Chia.

Pencemaran plastik bukan sekadar masalah secara nasional, malah program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa menganggarkan sehingga 80 peratus dari semua sampah di komposisi plastik di laut (puing marin) dan jika ini terus berlanjut, menjelang tahun 2050 akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan kita. Menamatkan pencemaran plastik memerlukan penglibatan semua orang termasuk entiti kerajaan, syarikat swasta, pengguna PKS dan awam.

Mengulangi slogan "Memerlukan negara untuk menamatkan pencemaran plastik", pengusaha dan pengguna sangat digalakkan untuk menggunakan beg yang boleh digunakan semula sepanjang pameran tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Setiap Hari Tanpa Beg Plastik'. Pesta Pengguna turut melancarkan beg membeli-belah mesra keluarga CF mereka untuk acara tersebut.

CF22 dianjurkan oleh D'Sunlit Sdn Bhd dan disokong oleh JASTRe, Kementerian Pembangunan akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas pada 23 hingga 27 Januari 2019, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali pada Jumaat yang mana pintu sementara akan ditutup dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang kerana menunaikan sembahyang Fardu Jumaat.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Penganjur Acara, D'Sunlit Sdn Bhd di talian +673 2453666. Jangan lupa untuk 'like' mereka di laman Facebook mereka di Pesta Pengguna Brunei dan ikuti mereka di Instagram @consumerfair.bn untuk acara terkini.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments