Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Hari Tanpa Beg Plastik mulai 31 Disember

Siaran Akhbar: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Disember. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan melaratkan lagi Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik bagi merealisasikan hasrat kerajaan ke arah tiada penggunaan beg plastik menjelang 1 Januari 2019.

Sehubungan itu, penambahan Isnin sebagai Hari Tanpa Beg Plastik akan bermula pada 23 Rabiulakhir 1440H bersamaan dengan 31 Disember 2018M, menjadikannya sepanjang seminggu tanpa penggunaan beg plastik di gedung-gedung dan syarikat-syarikat perniagaan yang ikut serta.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak jabatan melalui e-mel: 'jastre.brunei@env.gov.bn' atau kunjungi akaun instagram jabatan di '@jastre.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments