Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sistem saliran tersekat penyebab banjir kilat

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 Oktober. – Berikutan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Daerah Brunei Muara dan Tutong pada Rabu, 23 Oktober 2018, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa banjir kilat tersebut adalah disebabkan oleh hujan lebat dengan catatan tertinggi stesen turunan hujan jabatan ini iaitu sebanyak 98 milimeter dalam jangka waktu satu jam.

Banjir kilat tersebut telah menenggelami sebahagian jalan raya utama di Kampung Bunut, Kampung Madewa, Kampung Beribi, Kampung Jangsak, STKRJ Katok 'B' dan Kampung Tanjung Bunut di Daerah Brunei Muara.

Manakala di Daerah Tutong, kawasan yang terjejas adalah Kampung Batang Mitus, Kampung Keriam dan RPN Bukit Beruang.

Jabatan ini juga mendapati terdapat faktor lain bagi penyebab berlakunya banjir, antaranya sistem saliran yang kurang kapasiti, keadaan longkang / parit yang tersumbat oleh tanah, pasir dan sampah.

Bagi mengatasi isu ini, JKR mengambil tindakan dengan berhubung pihak tertentu dan membersihkan longkang dan kalbat yang tersumbat untuk memastikan sistem saliran tidak tersekat.

Untuk jangka masa panjang, pihak JKR akan mengendalikan beberapa projek kawalan banjir di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti, yang akan dilaksanakan di bawah peruntukan RKN.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 / Livechat +6738333123, Facebook: 'Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam' dan e-mel: 'pro@pwd.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments