Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

NBD capai 63 peratus Sustainable Development Goals

Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_SDG Knowledge Platform.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin telah menghadiri mesyuarat "Sustainable Development Goals (SDG) Knowledge Platform" yang diadakan pada 12 Oktober 2018 di Bali, Republik Indonesia.

BALI, REPUBLIK INDONESIA, Sabtu, 13 Oktober. – Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin telah menghadiri mesyuarat "Sustainable Development Goals (SDG) Knowledge Platform" yang diadakan pada 12 Oktober 2018 di Bali, Republik Indonesia.

Mesyuarat tersebut adalah selari dengan Mesyuarat Tahunan World Bank/IMF 2018 tersebut yang melibatkan Negara-Negera ASEAN dan dipengerusikan oleh Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional (BAPPENAS), Yang Berhormat Bambang P.S. Brodjonegoro.

Mesyuarat "ASEAN Forum for Ministers Responsible for Development Planning on Implementing the Sustainable Development Goals" itu juga dihadiri oleh Menteri-Menteri dan perwakilan dari beberapa negara ASEAN seperti Kemboja, Filipina, Myanmar, Singapura dan Indonesia, termasuk juga Tuan Yang Terutama Xanana Gusmao dari Timor Leste.

Dalam mesyuarat tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan telah mengongsikan perancangan, tindakan dan kejayaan Negara Brunei Darussalam yang antara lain mengenai Wawasan Brunei 2035 serta bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan dari kesemua Negara ASEAN dalam memenuhi "Sustainable Development Goals" (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Juga dikongsikan, pencapaian Negara Brunei Darussalam di dalam SDG tersebut adalah seperti home ownership sehingga 63 peratus, sepertimana yang dikehendaki di dalam SDG1 dan SDG5.

Manakala dalam mencapai SDG6 pula, dalam usaha secara berterusan Negara Brunei Darussalam telah mencapai 100 peratus pembekalan air bersih kepada keseluruhan penduduknya manakala 93 peratus daripada penduduk Negara Brunei Darussalam telah menikmati penambahbaikan dalam penyediaan sistem sanitasi.

Antara objektif mesyuarat tersebut ialah dalam mempromosi kolaborasi antara negara ASEAN bagi mencapai SDG tersebut, di samping untuk membina sinergi dengan blueprint ASEAN 2025.

Mesyuarat tersebut juga telah memperdengarkan ucaptama dari Pengarah Pusat Sustainable Development di Universiti Columbia, Professor Jeffrey Sachs dan juga laporan-laporan pencapaian dari perwakilan negara-negara ASEAN yang lain.

Sejurus selesai mesyuarat tersebut, rombongan Kementerian Pembangunan turut menghadiri Forum mengenai SDG dengan tajuk "Localizing the Implementation of Sustainable Development Goals: Act Locally on a Global Scale" dengan ucaptama Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional (BAPPENAS), Yang Berhormat Bambang P. S. Brodjonegoro.

Turut serta dalam rombongan Timbalan Menteri Pembangunan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan pegawai kanan dari Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments