Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kaedah KKC tingkat kualiti perkhidmatan

Berita dan Foto: Saerah Haji Abdul Ghani

2_KKC Kementerian Pembangunan 2018.jpg

TETAMU kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin semasa berucap di majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Ogos. – Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyarankan supaya penggunaan kaedah Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) diperluaskan di semua jabatan-jabatan dan divisyen-divisyen di bawah Kementerian Pembangunan bagi sebarang pembaharuan, di antaranya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai.

Menurutnya, mengambil iktibar dari kejayaan Jabatan Ukur menapak budaya KKC dalam proses pembaharuan dan di kalangan warga jabatan, adalah salah satu usaha bagi meningkatkan lagi penggunaan kaedah KKC secara meluas di Kementerian Pembangunan ialah meningkatkan pemahaman konsep dan manfaat yang diperolehi.

''Antaranya ialah pembaikan dan pembaharuan proses-proses kerja di setiap organisasi dengan menggunakan kaedah yang teratur dan terbukti dari segi keberkesanannya; Memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang terlibat dengan pelaksanaan proses-proses untuk membuat inisiatif bagi pembaikan proses-proses masing-masing dan secara langsung melahirkan budaya 'continous improvement' di dalam organisasi yang aktif menggunakannya dan; sedikit sebanyak melatih dan memberikan pengalaman di dalam 'presentation skill' di kalangan peserta-peserta kumpulan KKC, iaitu semasa Konvensyen KKC diadakan,'' ujarnya pada Majlis Kovensyen KKC Peringkat Kementerian Kali Ke-21 bagi Tahun 2018 Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam ke atas kaedah KKC terutamanya di peringkat pengurusan atasan katanya lagi, akan menggalakkan lebih banyak penggunaan kaedah ini, serta memberikan komitmen dan 'support' kepada kumpulan-kumpulan KKC melaksanakan program KKC masing-masing mengikut jadual yang telah dirancang.

Apa yang perlu difahami dan lebih penting tegasnya, ialah objektif bagi pelaksanaan program KKC bukanlah semata-mata untuk mengikuti Konvensyen KKC sahaja, malahan yang lebih bermakna ianya adalah 'management tools' yang digunakan untuk memperbaiki atau membaharui proses-proses kerja ke arah perkhidmatan meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan satu-satu organisasi.

Terdahulu jelasnya, Kementerian Pembangunan perlu berbangga dengan pencapaian dan rekod penyertaan kumpulan-kumpulan KKC dari kementerian yang telah menyertai Konvensyen KKC di peringkat nasional.

Secara amnya katanya lagi, ini menunjukkan budaya menggunakan kaedah KKC sebagai wadah pengurusan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti kerja dan di dalam melaksanakan pembaharuan, adalah ketara di Kementerian Pembangunan.

''Walau bagaimanapun, kaedah KKC belumlah dapat disifatkan sudah menjadi budaya 'ministry wide', memandangkan mengikut rekod kejayaan penyertaan di Konvensyen KKC di Peringkat Nasional, dari 15 jumlah kumpulan KKC yang telah meraih kemenangan sejak lima tahun kebelakangan ini, 14 kumpulan adalah dari Jabatan Ukur dan satu kumpulan dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa,'' ujarnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments