Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Golongan asnaf terima agihan daging korban

Berita: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi | Foto: Kementerian Pembangunan

Majlis Ibadah Korban 1439 Kementerian Pembangunan_3.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 24 Ogos. – Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya tidak ketinggalan untuk sama-sama meraih ganjaran pahala ibadah korban, di mana sebanyak 10 ekor kerbau dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini untuk diagih-agihkan kepada 80 golongan asnaf Mukim Berakas dan Mukim Gadong, serta warga kementerian tersebut yang berkelayakan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar yang juga menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban kepada penerima.

Turut sama hadir dan menyempurnakan pengagihan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis yang diadakan bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam itu merupakan aktiviti tahunan kementerian tersebut dan jabatan-jabatan di bawahnya dan tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Tanah.

Majlis tersebut dihasratkan bagi menggalakkan warga kementerian berkenaan dalam melakukan amal ibadah.

Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments