Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan tempat ketiga lumba perahu antara kementerian

Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan tempat ketiga lumba perahu antara kementerian.JPG

PASUKAN lumba perahu Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 12 Ogos. – Pasukan Kementerian Pembangunan meraih tempat ketiga dalam Kategori Lumba Perahu Tradisi di antara Kementerian-Kementerian 25 Pekayuh dengan catatan masa 5 minit 12 saat.

Pasukan Kementerian Pembangunan membawa pulang piala dan wang tunai berjumlah BND600.00.

Dalam kategori yang sama, pasukan Kementerian Pertahanan dinobatkan sebagai juara dengan catatan masa 4 minit 40 saat dan membawa pulang piala serta wang tunai berjumlah BND900.00, sementara menduduki tempat kedua, pasukan Jabatan Perdana Menteri dengan catatan masa 4 minit 46 saat, juga menerima piala dan wang tunai BND800.00. Sebanyak 12 pasukan menyertai kategori tersebut.

Berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah pada perlawanan-perlawanan yang berlangsung pada sebelah pagi itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai acara dan seterusnya mengurniakan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang perlumbaan.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Timbalan Menteri Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak juga turut serta dalam Acara Khas yang diadakan pada sebelah petang acara itu berlangsung.

RBD2018.4.jpeg

RBD2018.2.jpeg

MENTERI Pembangunan juga turut serta dalam Kategori Acara Khas Regata Brunei Darussalam 2018.

Regata Brunei Darussalam 2018 merupakan salah satu acara bagi meraikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018.

Attachments