Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pelantikan Timbalan Menteri dan Pegawai-pegawai kanan baharu

​Oleh: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Ogos. – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah untuk melantik Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menjadi Timbalan Menteri Pembangunan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga mengurniakan titah perintah terhadap pelantikan beberapa orang pegawai kanan seperti berikut:

i. Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak dilantik menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

ii. Ketua Pengarah Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dilantik menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

iii. Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Norhayati bin Haji Mohammad Yaakob dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

iv. Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

Tarikh pelantikan Timbalan Menteri Pembangunan serta pegawai-pegawai kanan berkenaan akan berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 28 Zulkaedah 1439 bersamaan 10 Ogos 2018.

Attachments