Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sertai pelancaran Hari Tanpa Kereta ASEAN

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet bersama-sama melancarkan Hari Bebas ASEAN 2018.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Ogos. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar berserta Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet yang lain telah menyempurnakan pelancaran Hari Bebas Kereta ASEAN yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Hari Bebas Kereta ASEAN merupakan usaha oleh rakyat ASEAN untuk melakukan fizikal secara serentak bagi setiap negara ke arah mempromosikan budaya gaya hidup sihat bebas kereta.

Inisiatif ini menyediakan persekitaran yang menyokong aktiviti rekreasi dan pembangunan komuniti berskala besar dengan mewujudkan ruang taman sementara untuk berekreasi.

Acara ini adalah anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama enam kementerian yang lain iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Perhubungan.

Acara pada hari tersebut juga diisikan dengan aktiviti senamrobik yang diikuti dengan walkaton sepanjang 2.6 kilometer mengelilingi Bandar Seri Begawan serta pameran yang dianjurkan oleh Pusat Promosi Kesihatan.

1_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

3_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

 4_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

 5_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

6_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

7_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

8_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

9_Hari Tanpa Kereta ASEAN.jpeg

Attachments