Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pencerapan dua fenomena dalam satu masa

Berita dan Foto: Mohamad Azmi Awang Damit

1_Cerapan Gerhana Bulan Penuh.jpg

ORANG ramai mengambil peluang untuk menyaksikan fenomena astronomi (Jupiter, Saturn dan Marikh).

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Julai. – Orang ramai yang hadir di Taman Mahkota Jubli Emas berpeluang menyaksikan dua fenomena astronomi dalam satu masa iaitu kedudukan selari planet Jupiter, Saturn dan Marikh serta gerhana bulan penuh.

Kedua fenomena tersebut dapat disaksikan semasa sesi pencerapan yang diadakan oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) dan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Semasa sesi pencerapan, Planet Marikh berada pada kedudukan bertentangan dengan matahari dan berada pada jarak paling dekat dengan bumi, kira-kira 56 juta kilometer yang menyebabkan ianya boleh dilihat jelas dengan mata kasar.

Fenomena Planet Marikh berkenaan dapat dilihat seperti bintang yang terang sekitar jam lapan malam.

Manakala fenomena gerhana bulan penuh dapat disaksikan selama lebih kurang lima jam bermula daripada jam 1.14 pagi hingga 6.23 pagi.

Jabatan Ukur turut menyediakan beberapa peralatan teleskop bagi memudahkan orang ramai untuk sama-sama menyaksikan pergerakan bulan di sepanjang fenomena berlaku.

Sesi pencerapan turut diserikan dengan Ceramah Astronomi bertajuk 'Maha Suci Sang Pencipta' yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Arab UNISSA, Dr. Haji Ahmad @ Ahmad Asri Lubis bin Haji Abusamah.

2_Cerapan Gerhana Bulan Penuh.jpg

CERAMAH Astronomi bertajuk 'Maha Suci Sang Pencipta' yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Arab UNISSA, Dr Haji Ahmad @ Ahmad Asri Lubis bin Haji Abusamah.

Antara pengisian ceramah menekankan mengenai kejadian gerhana bulan berkenaan yang pada hakikatnya mengajak umat Islam untuk meningkatkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments