Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kunjungan muhibah sempena Hari Raya Aidilfitri

Oleh: Marlinawaty Hussin | Foto: Pg. Amirulnizam Haji Mohd. Ali

1_Kunjungan Muhibah Republik Singapura Sempena Hari Raya Aidilfitri 1439H.jpg

MENTERI Pembangunan semasa menerima kunjungan hari raya daripada Menteri Republik Singapura.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 Jun. – Kunjungan muhibah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dari Republik Singapura ke negara ini mencerminkan persahabatan dan hubungan mesra di antara kedua-dua buah negara.

Sehubungan itu Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hari ini menerima Kunjungan Muhibah daripada rombongan Republik Singapura sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Yang Berhormat Menteri Pembangunan di Kampung Bengkurong.

2_Kunjungan Muhibah Republik Singapura Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H.jpg

MENTERI Pembangunan semasa menerima kunjungan hari raya daripada Menteri Republik Singapura.

Rombongan diketuai Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Datuk Bandar, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman serta isteri, Puan Sadiah Shahal dan Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Hadir mengiringi Yang Berhormat Menteri Pembangunan ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Rombongan Republik Singapura dialu-alukan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan isteri, Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Haji Hidup serta beberapa pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments