Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Isu tular mengenai penglihatan anak bulan Syawal

Siaran Akhbar: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Jun. – Berikutan dengan penyebaran maklumat mengenai penglihatan Anak Bulan Syawal 1439H yang tular melalui aplikasi media Whatsapp baru-baru ini, pihak Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa maklumat berkenaan adalah tidak benar. Jabatan Ukur tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai maklumat tersebut.

Pihak Jabatan Ukur memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tidak menyebarluaskan maklumat yang belum pasti kesahihannya melalui media sosial.

Orang ramai adalah juga diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam (Public Order Act), Penggal 148, bahawa sesiapa yang sama ada secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, menyebarkan berita-berita palsu atau membuat kenyataan-kenyataan palsu yang mungkin menyebabkan orang ramai takut atau gundah gulana adalah melakukan kesalahan: Hukuman, denda BND3,000 dan penjara selama tiga tahun.

Orang ramai yang mempunyai keraguan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan Jabatan Ukur melalui talian telefon 2382171 (waktu pejabat) atau e-mel info@survey.gov.bn dan mengunjungi laman sesawang Jabatan Ukur: http://www.mod.gov.bn/survey/Theme/Home.aspx ataupun terus ke Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan, Bandar Seri Begawan BB3510 Negara Brunei Darussalam.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments