Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

10 kumpulan sertai Konvensyen KKC Jabatan Ukur

Berita dan Foto:   Mohamad Azmi Awang Damit

1_KKC 2018.jpg

HADIR dimajlis tersebut ialah Pemangku Juruukur Agung, Awang Arefin bin Hj Jaya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Jun. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan  telah mengadakan Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) bagi sesi 2017 / 2018 yang berlangsung di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pemangku Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya.

Sebanyak sepuluh buah kumpulan telah membentangkan projek masing-masing yang telah dibenarkan oleh Jawatankuasa Pandu KKC Jabatan Ukur iaitu Kumpulan MUTA'ALLIQ dengan tajuk projek 'Penggunaan Kertas Yang Meningkat'; Kumpulan PSG 17/18 dengan tajuk projek 'Sistem Peralamatan Rumah Kurang Teratur'; Kumpulan GST dengan tajuk projek 'Kelewatan Mengemaskini Rekod Pengeluaran Barang Guna Habis'; Kumpulan Belait 17-18 dengan tajuk projek 'Maklumat Ukuran Yang Dibekalkan Kurang Memenuhi Keperluan Pasukan Luar' dan Kumpulan SAB dengan tajuk projek 'Kelambatan Proses Penghitungan Kerja Pengukuran'.

2_KKC 2018.jpg

KUMPULAN Muta'aliq semasa membentangkan projek bertajuk 'Penggunaan Kertas Yang Meningkat'.

Majlis Konvensyen turut disertai oleh Kumpulan PKD TUT 17-18 dengan tajuk projek 'Kelambatan Penerbitan Plan Akui'; Kumpulan MUK@AD 17-18 dengan tajuk projek 'Penggunaan Nama Stesen Kadaster Dalam Plan Ukur Kurang Informatif'; Kumpulan PKA 17-18 dengan tajuk projek 'Pencapaian Latihan 100 Jam Tidak Mencapai Sasaran'; Kumpulan TEM 17-18 dengan tajuk projek 'Maklumat Tanah Ukuran Lama Kurang Selaras Dengan Ukuran Baru' dan Kumpulan UKD dengan tajuk projek 'Perolehan Kerja-Kerja Pengukuran Luar Yang Tidak Selesa'.

Bagi memastikan kualiti setiap projek yang dibentangkan, pihak Jabatan Ukur pada tahun ini telah menjemput tiga orang hakim yang berpengalaman luas dalam bidang KKC iaitu Haji Abd Aziz bin Haji Hassan dari Business Management & Consultancy Services; Dayang Norarina binti Chuchu dari Institut Perkhidmatan Awam dan Dayang Hajah Nona Lieza binti Haji Yahya dari Jabatan Ukur.

Konvensyen KKC turut dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments