Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Masjid Hassanal Bolkiah terima wakaf Kementerian Pembangunan

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

1_Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Hassanal Bolkiah Kampong Mentiri.jpg 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyerahkan wakaf berupa dua unit mesin water jet kepada Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri, Awang Haji Samsul bin Haji Abdul Latiff.

MENTIRI, Selasa, 29 Mei. - Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri menerima wakaf dua unit 'water jet' pada Majlis Bertadarus Al-Quran, Tahlil dan Berbuka Puasa sumbangan warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di sini.

Penyerahan wakaf tersebut diserahkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar kepada Imam masjid tersebut, Awang Haji Samsul bin Haji Abdul Latiff.

Majlis diselajurkan dengan bertadarus Al-Quran rombongan Kementerian Pembangunan dari juzuk ke-13 secara bergilir-gilir yang dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diteruskan dengan berbuka puasa serta Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah bersama-sama ahli-ahli takmir masjid serta para penduduk sekitarnya.

2_Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid Hassanal Bolkiah Kampong Mentiri.jpg

MAJLIS Bertadarus Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis seumpamanya merupakan sebahagian daripada kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bagi memperolehi keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) kementerian berkenaan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Setiausaha Tetap, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; ketua-ketua jabatan, unit dan divisyen serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments