Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja

Berita dan Foto:  Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

1_Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tengah) pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Mei. – Lebih kurang 300 pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai diketuai oleh Imam Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, Awang Faizal bin Rosli yang kemudiannya mengetuai bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Hadir dan menyertai majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen / unit, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.

2_Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.jpg

ANTARA pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis seumpama itu adalah sebahagian daripada kegiatan keagamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments