Siaran Akhbar: Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 Mei. – Waktu-waktu perkhidmatan Kaunter Penerimaan Pembayaran dan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di bahagian-bahagian dan cawangan Pejabat Tanah daerah masing-masing sepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi ialah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari dan tutup Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan Awam.
Manakala waktu perkhidmatan pelanggan pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula dari 8.15 pagi hingga 1.00 petang dan tutup Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan Awam.
Sumber: Pelita Brunei.