Oleh: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi
SUASANA Mesyuarat 12th Meeting of Brunei-Singapore Joint Committee on The Environment (BSJCE) yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 Mei. – Pelbagai perkembangan positif berupa program dan aktiviti-aktiviti berjaya dicapai di bawah memorandum persefahaman dalam bidang alam sekitar di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dalam sektor pengurusan sisa sampah, pengurusan kualiti udara, pengurusan sumber air dan pendidikan alam sekitar.
Perkara tersebut didedahkan oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak semasa mempengerusikan bersama Mesyuarat 12th Meeting of Brunei-Singapore Joint Committee on The Environment (BSJCE) bersama-sama Setiausaha Tetap, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air, Republik Singapura, Mr Albert Chua yang bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.
PEMANGKU Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak semasa menyampaikan kata-kata aluan pada Mesyuarat 12th Meeting of Brunei-Singapore Joint Committee on The Environment (BSJCE) yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.
Mesyuarat dua hari yang akan berakhir esok bakal membincangkan perkembangan kerjasama terkini dalam lapangan pengurusan sisa sampah, pengurusan kualiti udara, pengurusan sumber air, program pertukaran belia dan hal-hal berbangkit.
Turut dibincangkan ialah deraf laporan bagi siri Pertukaran Lawatan Tahunan Brunei-Singapura Kali Ke-13.
HADIR sama ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.
Mewakili negara pada mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan para pegawai-pegawai mewakili Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya, Pusat STEP, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan.
SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air, Mr Albert Chua semasa menyampaikan kata-kata aluan pada Mesyuarat 12th Meeting of Brunei-Singapore Joint Committee on The Environment (BSJCE) yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.
Sementara itu Republik Singapura diwakili oleh para pegawai-pegawai daripada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan; Public Utilities Board; Agensi Air Kebangsaan Singapura dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air, Singapura.
Sumber: Pelita Brunei.