Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Tingkatkan pengetahuan Hak Milik Strata

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

1_Bengkel Hak Milik Strata (Penutup).jpg

PEMANGKU Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada pemudahcara bengkel tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 Mei. – Bengkel Hak Milik Strata anjuran Jabatan Tanah dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) berakhir dengan penyampaian resolusi bengkel pada Majlis Penutup Bengkel yang diadakan di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Terdahulu, penyampaian resolusi bengkel telah dibacakan oleh Pengarah Bengkel, Awang Haji Mohd. Don bin Haji Omar yang kemudiannya diserahkan kepada tetamu kehormat oleh Naib Presiden B.I.G, Awang Haji Salleh bin Haji Jalil.

2_Bengkel Hak Milik Strata (Penutup).jpg

PENGARAH Bengkel Awang Haji Mohd. Don bin Haji Omar semasa membacakan resolusi Bengkel Hak Milik Strata.

Bengkel selama dua hari yang dihadiri oleh lebih seratus pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, serta Ahli-ahli B.I.G memfokuskan kepada empat topik, iaitu Registration Issues; Unit Entitlement vs Individual Shares; Management Corporation dan Role of Land Surveyors dan Valuers & Estate Agents.

Sementara itu, dua peserta bengkel Awangku Md. Fakhruddin bin Pengiran Haji Ismail daripada Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan dan Dayang Basza Suryawati binti Haji Basri daripada Jabatan Tanah, semasa ditemui berkata, banyak maklumat terkini serta tata amalan terbaik mengenai hak milik strata dapat dipelajari melalui bengkel tersebut, di samping kebaikan-kebaikan yang bakal dapat dimanfaatkan oleh pemegang hak milik strata pada jangka masa panjang.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments