Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kampong Ayer menarik perhatian rombongan dari Republik Korea
Oleh:  Haniza Abdul Latif | Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor | Rabu, 02 September 2015

7aa8071c90858f76f79f982015cae56c_XL1.jpg
TIMBALAN Menteri Alam Sekitar, Republik Korea, Tuan Yang Terutama Jeong Yeon-man bersama rombongan turut meninjau reka bentuk kediaman moden di Kampong Ayer serta meninjau sistem saliran yang tersedia.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 September. - Serombongan 14 orang dari SK Engineering & Construction Co. Ltd, Republik Korea mengadakan lawatan kerja ke Kampong Ayer.

Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar, Republik Korea, Tuan Yang Terutama Jeong Yeon-man dialu-alukan oleh Pengarah Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya, Dr. Norimtihan binti Haji Abdul Razak.

020915_ARIF4_KGAYER.jpg
TIMBALAN Menteri Alam Sekitar, Republik Korea, Tuan Yang Terutama Jeong Yeon-man bersama rombongan turut meninjau sistem saliran yang diguna pakai.

Para rombongan mula-mula membuat kunjungan ke Galeri Pelancongan dan Kebudayaan Kampong Ayer dan diberikan taklimat ringkas mengenai 65 buah rumah di bawah Projek Perintis Menaik Taraf Kampong Ayer yang disampaikan oleh Arkitek Haji Husni, diikuti dengan taklimat mengenai Sistem Pam Vakum Pembentungan Perumahan Projek Perintis yang disampaikan oleh Awang Abdul Mushawir bin Abdul Rahman.


020915_ARIF1_KGAYER.jpg
TIMBALAN Menteri Alam Sekitar, Republik Korea, Tuan Yang Terutama Jeong Yeon-man bersama rombongan diberikan penerangan oleh pegawai pelancongan mengenai pameran di Galeri Kampong Ayer (atas dan bawah).
020915_ARIF2_KGAYER.jpg

​Semasa lawatan tersebut, rombongan turut menyaksikan sebuah video klip tentang sejarah Kampong Ayer dan seterusnya dibawa melihat lebih dekat lagi pameran yang terdapat di galeri tersebut.

Sebelum mengakhiri lawatan, rombongan juga telah membuat tinjauan ke salah sebuah rumah di sana bagi melihat sistem sanitasi yang terdapat di perumahan tersebut.

Sumber: Pelita Brunei.
Attachments