Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Tanah juara Kejohanan Tenpin Boling

Berita dan Foto: Hernie Suliana binti Haji Othman

1_Kejohanan Tenpin Bowling 2018.jpg 

JUARA Keseluruhan dan seterusnya menerima Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya disandang oleh pasukan Jabatan Tanah dengan kutipan 20 mata.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Mei. – Pasukan Jabatan Tanah muncul juara keseluruhan dengan mengutip 20 mata pada Kejohanan Tenpin Bowling bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2018 yang berlangsung di Pusat Bowling Utama, Jalan Laksamana Abdul Razak, Batu Satu, di sini.

Sebanyak 13 pasukan dalam empat kategori pertandingan iaitu Berpasukan VIP; Berpasukan Divisyen III, IV dan V; Berpasukan Bebas Lelaki dan Berpasukan Bebas Wanita telah menyertai kejohanan tersebut yang terdiri daripada gabungan pegawai dan kakitangan yang mewakili jabatan masing-masing sebagai salah satu aktiviti tahunan Kementerian tersebut.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Bagi  Kategori A dimenangi oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan 1421 jatuhan pin manakala Kategori B dimenangi oleh Jabatan Ukur dengan 1431 jatuhan.

Sementara Kategori C pula dijuarai Jabatan Tanah dengan 1421 jatuhan dan Kategori D, Jabatan Perkhidmatan Bangunan dengan 1288 jatuhan pin.

Kejohanan antara lain bertujuan untuk menggalakkan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan, di samping untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan (teamwork), serta untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Kejohanan telah berlangsung pada 4 hingga 6 Mei 2018 dan dikendalikan oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments