Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jelaskan cukai tanah

Siaran Akhbar: Jabatan Tanah

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Mei. – Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan sukacita menarik perhatian semua pemilik tanah bergeran di negara ini supaya akan menjelaskan cukai tahunan tanah-tanah yang mereka miliki pada setiap tahun.

Mereka juga dikehendaki membayar tunggakan cukai tahunan tanah mereka, jika ada. Kegagalan pemilik-pemilik tanah untuk membayar cukai tanah dan tunggakan cukai tanah tahunan mereka dalam tempoh yang telah diberikan, Jabatan Tanah boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Bab 18 Kanun Tanah Penggal 40, di mana pihak kerjaan berhak untuk merampas dan menjual mana-mana harta alih (movable property) yang ada di atas tanah mereka juga berhak untuk menjual serta mengambil balik tanah mereka.

Oleh yang demikian, semua pemilik tanah di negara ini diminta untuk membayar cukai tahunan tanah dan tunggakan cukai tahunan tanah mereka di mana-mana kaunter pembayaran Pejabat Tanah seluruh daerah pada waktu pembayaran yang telah ditetapkan dengan tidak mengikut lokasi tanah mereka ataupun pembayaran melalui dalam talian (online payment) dengan menggunakan kad kredit / kad debit pada bila-bila masa sahaja di laman sesawang Jabatan Tanah 'www.laris.gov.bn' (LARIS).

Waktu pembayaran cukai tanah di kaunter-kaunter pembayaran Pejabat Tanah seperti Pejabat Tanah Daerah Brunei dan Muara, Isnin hingga Khamis dan Sabtu, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 3.00 petang, manakala pada Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan Awam kaunter pembayaran ditutup.

Bagi Pejabat Tanah Daerah Belait, Tutong dan Temburong pada Isnin hingga Khamis, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 3.00 petang; Sabtu, 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 2.45 petang, manakala pada Jumaat, Ahad dan Hari Kelepasan Awam kaunter pembayaran adalah ditutup.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments