Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Beg guna semula diagihkan

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi

Hari Khamis Tanpa Beg Plastik_4.jpg

PEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak semasa mengagih-agihkan beg guna semula di pasar raya di kawasan Gadong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 April. – Sebanyak 300 beg guna semula berjaya diagihkan kepada para pengunjung di tiga pasar raya terkemuka di sini, yang menandakan bermulanya penambahan hari Khamis ke arah inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik.

Pengagihan beg-beg guna semula itu melibatkan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang sedia ada tersenarai di bawah Inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik.

Mengetuai rombongan dalam mengagih-agihkan beg-beg tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak yang juga mengunjungi Pusat Beli-Belah Utama Grand, Pasar Raya Sin Kew Hin dan Jaya Centrepoint Hypermart Sendirian Berhad, yang beroperasi di Gadong.

Hari Khamis Tanpa Beg Plastik_5.jpg

SALAH seorang pelanggan menggunakan beg guna semula yang diagih-agihkan sebagai tanda sokongan kepada inisiatif tanpa beg plastik pada hari Khamis.

Usaha seumpama ini turut bertujuan bagi merealisasikan matlamat dan dasar kerajaan ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik bermula 1 Januari 2019, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) akan melaksanakan secara berperingkat-peringkat penambahan hari-hari tanpa beg plastik, iaitu penambahan pada hari Rabu pada bulan Julai 2018, hari Selasa pada bulan Oktober 2018 dan hari Isnin pada bulan Disember 2018 nanti.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments