Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur meterai MoU bersama Syarikat Soartech Systems

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohamad Noor/Morshidi

2_MOU_MOD-SoartechSystems.jpg

HADIR menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 19 Disember. – Dalam mewujudkan kerjasama berbentuk Public, Private Partnership (PPP), satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) - Collaboration In The Acquisition, Development and Usage of Geospatial Data and Maintenance of Continously Operating Reference Stations (CORS) di antara Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Syarikat Soartech Systems Sendirian Berhad. Majlis berlangsung di Bilik Betabur, Kementerian Pembangunan, Berakas.

Hadir menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

1_MOU_MOD-SoartechSystems.jpg

MENANDATANGANI bagi pihak Jabatan Ukur ialah Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim. Manakala bagi pihak Syarikat Soartech Systems Sendirian Berhad ialah Pengarah Pengurusan dan Pengasasnya, Awang Haji Adam Leslie On bin Abdullah.

Menandatangani bagi pihak Jabatan Ukur ialah Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim. Manakala bagi pihak Syarikat Soartech Systems Sendirian Berhad ialah Pengarah Pengurusan dan Pengasasnya, Awang Haji Adam Leslie On bin Abdullah.

Majlis penandatanganan turut disaksikan oleh Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya dan Dayang Hajah Nony Soreya binti DP Haji Abdul Rahim, selaku Pengarah Eksekutif Syarikat tersebut.

3_MOU_MOD-SoartechSystems.jpg

JURUUKUR Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim semasa berucap pada Majlis Menandatangani MoU Bersama Syarikat Soartech Systems Sdn Bhd.

Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar semasa berucap pada majlis tersebut berkata bahawa kerjasama yang bakal ditandatangani berbentuk PPP membolehkan jabatan tersebut membekalkan data geospatial sedia ada seperti peta, gambar udara, data LIDAR (Light Detection & Ranging) dan data CORS kepada Syarikat Soartech System Sendirian Berhad yang seterusnya akan memberikan nilai tambah kepada data-data tersebut untuk kegunaan orang ramai, pihak swasta dan pihak-pihak berkenaan.

Beliau seterusnya menambah, dengan adanya kerjasama sedemikan, ia akan menjimatkan kos perbelanjaan pada pihak kerajaan dalam mengemas kini peta dan orthophoto geoportal Jabatan Ukur termasuk dalam pemeliharaan dan penambahbaikan CORS jabatan.

4_MOU_MOD-SoartechSystems.jpg

PENGARAH Pengurusan dan Pengasas Syarikat Soartech Systems Sdn Bhd, Awang Haji Adam Leslie On bin Abdullah semasa memberikan penerangan.

Antara matlamat MoU ialah bagi mewujudkan asas kerjasama dan usaha sama antara Jabatan Ukur dan Syarikat berkenaan berhubung dengan pengambilan gambar udara dan data geospatial bagi kawasan-kawasan yang membangun dan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sesuai dengan kehendak agensi berkepentingan. MoU tersebut juga akan melibatkan pemeliharaan CORS, iaitu stesen-stesen yang memberikan perkhidmatan rangkaian Global Positioning System (GPS) yang berterusan untuk Negara Brunei Darussalam.

5_MOU_MOD-SoartechSystems.jpg

ANTARA yang hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) - Collaboration In The Acquisition, Development and Usage of Geospatial Data and Maintenance of Continously Operating Reference Stations (CORS) di antara Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan Syarikat Soartech Systems Sendirian Berhad.

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Timbalan Setiausaha Tetap, Dr. Dayang Norimtihan binti Haji Abd Razak serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan dan kedua-dua pihak Jabatan Ukur dan Syarikat Soartech Systems Sendirian Berhad.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments