Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Bekerjasama capai SDG

Siaran Akhbar: Kementerian Pembangunan

2_3rd_APWS.jpg

PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar berucap di Asia-Pasifik Summit Air Myanmar 2017.

YANGON, MYANMAR, Selasa, 12 Disember. – Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menekankan sekuriti air dan pembangunan mampan adalah berkait rapat serta kritikal bagi negara-negara di rantau Asia Pasifik untuk bekerjasama bagi mencapai hasrat Sustainable Development Goals (SDG) di bawah 2030 UNDP Agenda.

Ia menurutnya, agar negara-negara dapat membangun serta memastikan semua penduduk dapat menikmati air bersih dan sanitasi yang membawa pada pertumbuhan sosioekonomi yang mampan.

Menurut Siaran Akhbar kementerian berkenaan, Yang Mulia Pemangku Menteri Pembangunan  berucap demikian ketika menghadiri The 3rd Asia Pacific Water Summit (APWS Ke-3) yang berlangsung selama dua hari bermula 11 Disember 2017 di Yangon, Myanmar.

Di majlis itu Dato Seri Paduka juga mengongsikan pencapaian negara dalam pembekalan air bersih dan cabaran yang dihadapi di masa akan datang dalam memastikan bekalan yang mencukupi serta berterusan memandangkan keperluan air yang semakin meningkat. Sumber air, kejadian bencana berkaitan dengan air seperti kemarau, banjir dan tanah runtuh, keperluan sanitasi serta kebersihan dan impak perubahan iklim, antara isu-isu yang dibincangkan pada APWS Ke-3.

Persidangan APWS diadakan setiap lima tahun sekali dianjurkan oleh Republik Kesatuan Myanmar dan The Asia Pacific Water Forum (APWF) dan dirasmikan oleh State Counsellor of The Republic of the Union of Myanmar, Puan Yang Terutama Aung San Suu Kyi pada 11 Disember lalu. Tahun ini Persidangan Ke-3 tersebut melibatkan delegasi-delegasi dari 48 buah negara rantau Asia Pasifik yang membincangkan isu-isu mengenai air dan pembangunan bertemakan 'Water Security for Sustainable Development'.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri telah berkenan berangkat ke Asia Pacific Water Summit Ke-2 pada 19 Mei 2013 lalu di Chiang Mai, Thailand dan berkenan mengurniakan titah semasa persidangan tersebut.

Yang Mulia Pemangku Menteri Pembangunan kemudiannya menyertai perbincangan dalam beberapa Thematic Discussions yang diadakan menjurus pada isu-isu sekuriti air seperti Governance for Sustainable Urban Water Supply, Inclusive Approach through Good Practices of Integrated Water Resources Management (IWRM), Water and Disasters in the context of Climate Change, Water-Energy-Food Ecosystems, Improving Sanitation and Wastewater Management serta lain-lain lagi.

Sebanyak 11 Thematic Discussions dibincangkan, yang membawa pada pelbagai cadangan serta tindakan berkaitan dengan sekuriti air negara-negara Asia Pasifik.

Perbincangan bersama ketua-ketua negara, menteri-menteri, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), pakar-pakar dan agensi-agensi kerajaan dari negara-negara Asia Pasifik termasuk Jepun, Korea, India, China, negara-negara ASEAN, Nauru dan lain lagi juga mengeluarkan Deklarasi Yangon atau Non-binding Yangon Declaration, di mana negara-negara Asia Pasifik menyatakan kesungguhan untuk mencapai sekuriti air demi memastikan pembangunan yang mampan melalui pengurusan sumber air yang berkesan, urus tadbir yang inclusive, pembiayaan pembangunan menggunakan konsep yang mampan seperti PPP dan kerjasama di pelbagai peringkat.

1_3rd_APWS.jpg

GAMBAR ramai delegasi-delegasi Brunei Darussalam.

Menyertai rombongan, Duta Besar Negara Brunei Darussalam di Myanmar, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir; Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria serta pegawai-pegawai dari Jabatan  Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments