Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Larangan meletakkan kereta di atas struktur 'promenade'

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Disember. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya untuk tidak meletakkan kereta di atas promenade yang baru siap dibina di sepanjang Jalan Residency.

Menurut Siaran Akhbar JKR, peringatan tersebut bertujuan untuk mengelakkan kerosakan kepada struktur promenade yang telah dibangun di sepanjang jalan tersebut dan ia juga untuk keselamatan dan keselesaan orang ramai yang menggunakannya.

Sehubungan dengan ini, JKR ingin mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu juga, orang ramai adalah disarankan untuk sama-sama memelihara harta benda yang disediakan oleh pihak kerajaan demi keselesaan bersama para penduduk di negara ini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam: 123 / Livechat +673 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam atau e-mel: 'pro@pwd.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments