Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan dikir di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Gambar: Kementerian Pembangunan

IMG_9960.JPG

ROMBONGAN dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya menghadiri Majlis Dikir Maulud di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 November. - Rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya telah menghadiri Dikir Maulud sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1439 Hijrah di Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong pada malam ke-9 iaitu hari Isnin, 9 Rabiulawal 1439 Hijrah bersamaan 27 November 2017 Masehi.

Mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

IMG_9964.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim, Imam Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah.

Majlis kemudian diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam oleh gabungan pendikir-pendikir dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya dan jemaah-jemaah masjid.

IMG_0016.JPG

ANTARA beberapa orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya yang hadir pada Majlis Dikir tersebut.

Sebelum bacaan dikir diteruskan, rombongan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya juga menunaikan Solat Fardhu Isyak berjemaah di masjid berkenaan yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat, yang juga merupakan Imam masjid berkenaan.

Setelah selesai menunaikan Solat Fardhu Isyak berjemaah, bacaan Dikir Marhaban berkumandang.

IMG_0028.JPG

IMG_0054.JPG

ANTARA beberapa orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya yang hadir pada Majlis Dikir tersebut.

Bagi memberkati majlis, Doa Dikir dibacakan oleh Mudim Haji Suhaili bin Haji Kalong, sementara Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

Majlis ini merupakan aktiviti keugamaan tahunan Kementerian Pembangunan bagi sama-sama menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam yang diraikan oleh umat Islam di negara ini sempena memperingati kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya serta para jemaah dan penduduk di sekitarnya.

Attachments