Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kumpulan 3GS menangi tempat pertama Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan Ke-20

Oleh: Kementerian Pembangunan | Grafik/Foto: Kementerian Pembangunan

IMG_9452.JPG

MAJLIS Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-24 Tahun 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 November. – Kumpulan 3GS dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan diumumkan sebagai pemenang tempat pertama bagi Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan Ke-20 bagi projek bertajuk 'Kesukaran Dalam Pengendalian Maklumat Peralatan Komputer', sekali gus menerima hadiah wang tunai sebanyak BND6,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Keputusan ini telah diumumkan pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24, 2017.

Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan LIFESAVER995 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang menerima wang tunai BND4,000, piala iringan dan sijil penghargaan menerusi tajuk projek mereka 'Meningkatkan Kebakaran Gambut Pada Musim Cuaca Panas Di Kawasan Mukim Seria'.

Kumpulan MU@KAD yang juga dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan mendapat tempat ketiga dengan projek bertajuk 'Peta Rectified Skew Orthomorphic (RSO) Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan' dan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND2,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Sementara itu, penerima-penerima sagu hati juga menerima wang tunai sebanyak BND 1,000 berserta sijil penyertaan. Kumpulan PGS1617 dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan projek bertajuk 'Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif' juga adalah antara kumpulan yang bertanding pada Konvensyen KKC kali ini yang menerima hadiah sagu hati berkenaan.

IMG_9493.JPG

JURUUKUR Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan Ke-20.

Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang KKC.

Terdahulu, Kebawah DYMM telah berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) bagi tahun 2017.

Penerima-penerima APCPA di bawah Kementerian Pembangunan ialah Dayang Hajah Suma binti Haji Basman, Penyelia Pejabat dari Jabatan Kerja Raya, Dayang Norjijah binti Haji Ismail, Kerani dari Jabatan Ukur dan Awang Zaini bin Ajak/Lajak, Atendan Jentera Tingkat II dari Jabatan Kerja Raya.

APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Kualiti dan penghasilan kerja pegawai atau kakitangan berkenaan seringkali melebihi daripada keperluan tugas dan tanggungjawab jawatan serta mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang lain.

ucapan tahniah_HPA2017.jpg

Attachments